
|
|
persahabatan itu lebih derita daripada percintaan jika ianya musnah
9/24/10 | 12:42 PM | 3 comments
Hye sekalian...jurnal pada kali ini sedikit beremosi,apa yang sy mksudkan ialah mengenai sebuah persahabatan yang dahulunya indah kini musnah akibat daripada sikap sahabat itu sendiri.Saya mengandaikan dua org sahabat ini sebagai si A dan si B.Kita teruskan sahaja kisah mereka: Si A telah mengenali si B setahun yang lalu;yakni ketika mereka bersama-sama mendaftarkan diri di sebuah kolej yang menawarkan kursus kejururawatan.Perkenalan tersebut telah mambawa kepada satu keakraban yang rapat sehingga pada satu-satu masa,mereka sentiasa kelihatan bersama di mana saja mereka pergi. Selang beberapa lama,perangai si B mula berubah terhadap si A (mengenai perkara ini,sy tidak begitu pasti—dan sy mengandaikan ia benar memandangkan si A sendiri yang datang menemui sy untuk meluahkan isi hatinya).Si B cepat berasa marah dan suka menengking si A atas sebab perkara yang sy rasa tidak masuk akal/logic sehingga ke tahap itu. Pada mulanya.si A masih mampu untuk menerima perubahan sikap si B terhadapnya.Akan tetapi lama kelamaan.sikap si B semakin menyakitkan hati si A.Pernah satu ketika,si A dan si B berjalan bersama menuju ke kantin untuk membeli sedikit makanan,tidak lama kemudian si A meninggalkan si B apabila kawannya yang lain mengajak si B unutk bersama mereka;walhal pada ketika itu si A masih bersamanya.. Tindakan si B kali ini benar-benar mengguris hati si A.Pernah juga si A menasihati si B untuk berubah dan jgn bersikap seperti kebudak-budakan tetapi si B membalasnya dengan alasan ahli keluarganya tidak pernah berkata begitu terhadapnya apatah lagi orang lain. Sejak hari itu sehingga saat ini ( sy pasti hubungan persahabatn mereka terlalu renggang ),si A dan si B jarang bertegur sapa walaupun berada dalam kumpulan yang sama.Si A mengaku kepada saya bahawa kadang-kadang dia terpaksa menjadi hiprokit apabila berhadapan dengan si B.Hanya kebencian dan rasa tidak puas hati yang dirasai oleh si B apabila berhadapan dengan si A.Kenangan lalu yang menyakitkan.sentiasa berada dalam dirinya dan sukar untuk dihapuskan dalam masa yang singkat.Sy berkata kepadanya bahawa perkara itu mungkin mengambil masa yang lama untuk dihapuskan,mungkin juga setahun.2 tahun atau ke atas. Manakala si A terus dengan perangainya.seolah-olah hanya mementingkan diri sendiri dan tidak kisah dengan orang di sekelilingnya.Pernah juga sy dengar dari si A bahawa dia tidak akan mati walaupun tanpa sahabat-saya hanya berdiam dan memikirkan apa yang dikatanya tadi::lalu sy teringat kepada satu pepatah ini;apa yang keluar dari mulut kita adalah satu luahan dari hati yang tanpa kita sedari; Apa yang sy dapat kongsi kepada sekalian pada jurnal sy pada kali ini ialah:hargai apa yang kita ada.Buat yang terbaik untuk diri sendiri tanpa mengabaikan perasaan orang di sekeliling.Kata orang persahabatan itu lebih indah dari percintaan,tp sy percaya persahabatan itu apabila telah musnah lebih sakit daripada percintaan.Ia mungkin mengambil masa yang lama atau singkat untuk sembuh bergantung kepada individu itu sendiri. Untuk pengetahuan si A adalah sepupu sy sendiri dan si B merupakan teman sebilik sy:maafkan sy jika jurnal ini menyakitkan siapa2.Apa yang sy tulis hanya untuk sebagai tatapan dan pedoman kita semua walaupun sy tidak layak untuknya.. Apa yang baik itu dari-Nya.dan yang tidak baik itu semua dari kita.. Shalom. |